Penganjuran anugerah berprestij, Anugerah Skrin memang ditunggu-tunggu oleh penggiat seni tanah air. Anugerah yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air itu bukan sahaja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah menggalakkan mereka berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara. Kini, pengiktirafan kepada karyawan seni diteruskan lagi dengan penganjuran Anugerah Skrin 2009 yang bakal diadakan pada bulan Disember nanti di PWTC.
Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2009 bakal mempertandingkan 22 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori drama bakal dipertandingkan berbanding 9 pada tahun lepas, apabila Anugerah Videografi Terbaik diperkenalkan. Selain itu, rancangan Muzik Terbaik akan diserapkan kepada Hiburan Terbaik menjadikan jumlah Kategori Penerbitan Dalaman menjadi 5 berbanding 6 pada tahun lepas. Manakala jumlah Kategori Filem yang dipertandingkan kekal 7 kategori. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut ‘genre’ masing-masing.
Ketika ditemui, Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 berkata, “Kami membuat sedikit kelainan dari segi anugerah yang dipertandingkan pada tahun ini dengan memperkenalkan anugerah Videografi Terbaik dalam kategori drama. Ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni videografi di samping memberi galakan kepada mereka untuk menghasilkan mutu kerja yang lebih baik dalam sesuatu produksi. Ini penting kerana seni videografi juga memainkan peranan dalam penghasilan karya yang bermutu tinggi. Selain dari itu, anugerah Muzik terbaik akan digabungkan ke dalam anugerah Rancangan Hiburan Terbaik.”
“Seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan. Kami merasa bangga kerana pada tahun ini ASK 2009 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini. Ia merupakan satu petanda positif dalam meningkatkan mutu seni tanah air yang mana dengan adanya anugerah seperti ini, ia dapat menggalakkan penggiat-penggiat seni untuk berusaha lebih gigih lagi agar hasil karya mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan. Kami berharap dengan adanya Anugerah Skrin ini, akan menyemarakkan lagi usaha pengiat seni tanahair untuk menerbitkan produk-produk yang lebih bermutu di masa akan datang,” tambahnya.
Seperti tahun lepas, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini. Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Anugerah Skrin memberi pengiktirafan kepada pengeluar–pengeluar drama dan filem tempatan. Drama-drama yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu. Antara faktor yang menyebabkan drama-drama ini terpilih untuk ditayangkan di kaca televisyen adalah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap dan mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej positif disamping boleh menarik perhatian penonton.
Berbanding dengan tahun lepas, tahun ini menyaksikan peningkatan dari jumlah penyertaan bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Sebanyak 17 buah drama, 14 drama bersiri dan 5 drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk Anugerah Skrin 2009 ini. Antara filem yang layak bertanding di dalam Anugerah Skrin 2009 adalah seperti I’m Not Single, Susuk, Kami The Movie, Senario The Movie-Episod 1, Tipu Kanan Tipu Kiri, Budak Kelantan, Wayang, Selamat Pagi Cinta, Antoo Fighter, Los













Be The First To Comment
Related Post
Please Leave Your Comments Below