MEMILIKI seraut wajah cantik dan pesona menawan dengan berbusana Muslimah menjadi aliran yang semakin disenangi ramai.
MEMILIKI seraut wajah cantik dan pesona menawan dengan berbusana Muslimah menjadi aliran yang semakin disenangi ramai.
Bukan sahaja ia menepati tuntutan agama sebagaimana disyariatkan kepada wanita Islam, pemakaiannya yang penuh kesantunan menyerlahkan gaya si pemakai.
Jika berhasrat ke majlis tertentu, pasti ramai memikirkan cara pakaian yang hendak dipakai selain kesesuaiannya untuk majlis dihadiri.
Bahkan, tudung yang hendak disuai padan baik dari segi bentuk mahupun warna menjadi perkiraan penting kepada mereka yang mementingkan gaya tradisional dengan kolaborasi gaya kontemporari.
Pakar komputer yang meminati seni kecantikan menata rias peragaan busana Muslimah, Adnan Jaafar, mengakui tidak sukar menterjemahkan kecantikan seiring kesopanan jika seseorang itu bijak mengolah seni bertudung.
“Memilih selendang panjang, tetapi diilhamkan dengan penuh gaya akan membuatkan seseorang itu tampil menawan.
“Tidak salah mencuba sesuatu yang dirasakan sesuai dengan penampilan. Misalnya mencetuskan ilham bunga dan pin bagi melengkapkan lagi seni bertudung juga digalakkan,” katanya yang banyak memenuhi jemputan di bengkel anjuran syarikat korporat dan media.
Adnan berkata untuk lebih menampilkan keanggunan jika majlis dihadiri agak istimewa, penataan mekap juga perlu dititikberatkan.
“Berikan tumpuan yang lebih pada raut wajah kerana ia menjadi tempat singgahnya pandangan pertama.
“Mungkin usia muda tidak memerlukan mekap yang terlalu tebal. Tetapi hendaklah dilihat majlis dihadiri itu sama ada siang atau malam, sudah pasti jenis mekap juga berbeza,” katanya.
Pengalamannya dalam memberi sentuhan pada busana Muslimah turut diintip orang kenamaan dan syarikat kecantikan terkenal.
“Pada saya, perapian dan kemasan dalam pemakaian tudung penting supaya pandangan tidak berserabut,” katanya.













Be The First To Comment
Related Post
Please Leave Your Comments Below